Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Tuesday 24 July 2012

Gerakan Reformation di Eropah

Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru. Gerakan ini berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16. Gerakan ini membawa perubahan yang besar dalam agama Kristian.

Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu, pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgence; (Sulaiman Noordin.:1999:59). Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.

Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli. Selepas beliau meninggal dunia, ia diteruskan oleh John Calvin, pelajar undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat bahawa sesorang Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya, mereka hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga dikehendaki mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang kegiatan yang memberikan keseronokan semata-mata. John Calvin juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan. Ajarannya telah mendapat sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:97-98).

Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih mahu mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter Reformation telah dibuka. Counter Reformation ini bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

No comments: