Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Tahukah anda bahawa Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam?
Pemberontakan di bawah pimpinan Xhu Yuan Zhang besama pengikutnya, Liu Bo Wen telah menggunakan kuih bulan sebagai alat sebaran maklumat.
Kuih bulan yang dijual secara meluas di pasaran pada ketika itu telah diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalender lunar.
Di tengah-tengah kuih tersebut juga telah diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Pemberontakan itu akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan).
Sejak itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.
Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/
Sumber: http://ms.wikipedia.org/
2 comments:
harap dpt di ulang post kan di @ planetkuihlita.blogspot.com
harap dpt print untuk projek sejarah sekolah... tapi sidebr log terlalu banyak post, akan menggunakan banyak ink printer. Bolehkah kurang sikit? Terima Kasih.
Post a Comment