Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label tingkatan 4. Show all posts
Showing posts with label tingkatan 4. Show all posts

Saturday, 7 February 2009

Revolusi Tekstil

Sebelum Revolusi Perindustrian di Eropah, perusahaan kain bulu lebih penting daripada kain kapas. Eksport kain bulu merupakan satu aktiviti penting ekonomi Britain sehingga tahun 1746. Perusahaan kain bulu walaupun bernilai, tetapi telah dikendalikan secara kecil-kecilan di rumah.

Dalam aktiviti ini, golongan pemodal atau kapitalis akan membeli bulu binatang yang belum diproses daripada penternak untuk dihantar kepada beberapa orang pemintal dan penenun bulu yang bekerja di rumah masing-masing. Hasil tenunan seperti baju, stoking dan skarf kemudiannya dijual terus kepada para pemborong.

Apabila mesin penenunan dan pemintalan mula diperkenalkan, para pengusaha kain kapas telah memberikan respons yang amat menggalakkan. Akibatnya, perusahaan kain bulu semakin ketinggalan dan tidak mampu berkembang.

Antara alat-alat tenun dan pemintal kain kapas yang berjaya direkacipta termasuklah 'Flying Shuttle' yang dicipta oleh John Kay, 'Spinning Jenny' oleh James Hangreaves, 'Water Frame' oleh Sir Richard Arkwright dan 'Mule' oleh Samuel Crompton.

Flying Shuttle


Walaupun mesin-mesin tersebut telah meningkatkan pengeluaran, tetapi masih dikendalikan oleh tenaga manusia dan ditempatkan di rumah.

Apabila mesin besar yang menggunakan tenaga hidraulik digunakan, saudagar kain yang kaya telah mendirikan kilang di tepi sungai untuk menempatkan mesin tersebut. Dengan itu penghasilan tekstil bertambah lebih banyak dan berlaku dengan sangat pesat.

Maka, tidak hairanlah sekiranya pada peringkat awal Revolusi Perindustrian ia lebih dikenali sebagai Revolusi Tekstil.

Monday, 2 February 2009

Skor A Siri 3/09

Arahan: Jawab soalan-soalan struktur di bawah dengan jawapan yang munasabah. Selamat menjawab.

[1] a) Apakah matlamat pendidikan di Athens? (2 m)
b) Jelaskan matlamat pendidikan di Sparta. (2 m)
c) Nyatakan kemahiran yang diberi penakanan dalam sistem pendidikan Tamadun China pada peringkat tinggi. (1 m)
d) Jelaskan tiga falsafah yang terdapat dalam Tamadun India. (3 m)
e) Mengapakah masyarakat dalam tamadun China sangat menghargai pendidikan? (2 m)

[2] a) Apakah peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya? (2 m)
b) Jelaskan usaha Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya. (3 m)
c) Apakah perjuangan Shih Huang Ti untuk membentuk empayar Dinasti Chin? (2 m)
d) Apakah peranan Alexander The Great kepada Tamadun Yunani. (2 m)
e) Berikan satu perubahan kesan perluasan kuasa. (1 m)

Jawapan anda boleh juga diemelkan kepada saya untuk disemak di isharsmiaa@gmail.com

" Sesungguhnya Allah Swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu sendiri yang akan mengubah nasib dirinya" - Al-Ayat

Thursday, 29 January 2009

Skor A Siri 1/09

Tandakan ( / ) atau ( X ) bagi pernyataan-pernyataan di bawah:

1-Semasa zaman Gelap, raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah.( )
2- Zaman Renaissance muncul pada peringkat kemuncak zaman pertengahan. ( )
3- Kegiatan perdagangan yang tidak meluas pada Zaman Pertengahan disebabkan oleh serangan orang gasar. ( )
4- Renaissance bermaksud "menghasilkan sesuatu yang lebih baik". ( )
5- Patron penting sebagai penaung kepada tuan-tuan tanah. ( )
6- Keinginan untuk dikenali sebagai tokoh yang tersendiri telah melahirkan semangat invidualisme. ( )
7- Martin Luther menentang amalan penjualan sijil indulgences oleh gereja Katolik. ( )
8- Counter Reformation bertindak membalas persoalan yang dikemukakan oleh golongan Katolik. ( )
9- Ferdinand Magellan merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika. ( )
10- Perjanjian Tordesillas (1494) telah membahagikan kawasan Timur kepada Portugal dan bahagian Barat kepada Sepanyol. ( )

- Selamat menjawab -