Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Wednesday, 10 March 2010

Debaran 11 Mac

Minggu ini penulis lalui dengan rasa penuh debaran memuncak di hati memandangkan pada tarikh 11 Mac ini adalah tarikh 'keramat' buat semua calon yang telah menduduki peperiksaan SPM dan STAM 2009 yang lalu.

Ini kerana pada tarikh tersebut akan terzahirlah segala natijah atas usaha penuh gigih dan tekad membara para pelajar untuk mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.

Secara jujur, setiap kali saat pengumuman keputusan diisytiharkan, maka penulis akui perasaan ini sukar untuk ditenangkan.

Jika tahun-tahun sebelum ini, debaran itu tidaklah sekencang mana. Namun, pada tahun ini ia agak 'suspen' sedikit kerana penulis juga merupakan guru kelas kepada tingkatan 5 Salman al-Farisi, yang mana ia boleh dianalogikan 'debaran hati seorang ayah kepada nasib 34 orang anaknya'...cukup untuk menjadikan penulis tidak dapat tidur lena hingga keputusan setiap orang daripadanya dapat diketahui.

Selain itu, selaku Ketua Panitia Sejarah..penulis turut merasakan debaran akan nasib pencapaian calon terhadap subjek sejarah. Apatah lagi bila ramai murid dimaklumkan oleh pelbagai sumber betapa susahnya soalan sejarah pada SPM kali ini. Ini dapat dirasakan bila dapat berjuang bersama-sama 'anak-anak gigih dan ceria' hingga selang sehari sebelum hari peperiksaan SPM bermula, baik ketika dalam bengkel mahupun kelas intensif ulangkaji yang sememangnya cukup meletihkan tapi puas nian rasanya.

Buat semua pelajar yang akan mengambil slip peperiksaan masing-masing pada 11 Mac ini, didoakan agar kalian berjaya dengan penuh gemilang. Terimalah dengan redho dan penuh pasrah akan segala ketentuan dari-Nya, kerana pasti di sana DIA mahu menguji kita samada kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur ataupun sebaliknya.

Di pihak penulis berharap, agar debaran 11 Mac akan segera berlalu dengan penuh sinar ceria dan harapan...agar bisa pula menghadirkan kembali lena, ditemani mimpi-mimpi indah dalam rahmat-Nya. Allahu A'lam :)

Salam Kecemerlangan Untuk Semua..

1 comment:

~al-Barq~ said...

insyaallah dgn segala usaha yg tlh dilakukan, Allah akan memberi ganjarannya