Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday, 20 March 2010

Muay Thai: Warisan Pahlawan Siam Abad ke-15

JIKA aksi pertarungan dirakam secara gerak perlahan, adalah mudah untuk melihat mengapa Muay Thai - Thai Kick Boxing - dianggap sebagai seni mempertahan diri yang mengancam dan antara yang paling digeruni di dunia.

Bersama pilihan untuk menggunakan lapan anggota, peninju Muay Thai menggunakan buku lima, siku, lutut dan kaki untuk melakukan serangan yang kemungkinan lebih mengancam berbanding pisau atau pistol.

Sementara seni mempertahan diri yang lain menggunakan dua titik sentuhan (sebagai contoh buku lali dalam tinju) dan empat titik (sebagai contoh kedua-dua tangan dan kaki dalam seni mempertahan diri berorientasi sukan seperti wusyu), Muay Thai mempunyai lapan titik sentuhan.

Seorang peninju Muay Thai terlatih menggunakan tumbukan, sepakan, serangan dengan siku dan lutut yang boleh membawa maut.

Asal usul Muay Thai, yang bermakna 'seni lapan anggota' boleh dikesani di medan perang Thailand pada abad ke-15.

Pahlawan-pahlawan Thai menggunakan lapan anggota menggantikan pedang dan kayu semasa bertarung tanpa senjata.

Ia kini telah menjadi sukan kebangsaan Thailand dan mempunyai banyak persamaan dengan seni mempertahankan diri yang lain seperti Tomoi di Malaysia, Muay Lao di Laos dan Pradal serey di Kemboja.

Hari ini, teknik-teknik yang boleh mematahkan tulang dalam Muay Thai digunakan di seluruh dunia bermula dengan pihak tentera Thailand hinggalah CIA, dan telah mencetuskan inspirasi bagi filem dan bilangan besar peminat seni ini di Malaysia.

4 comments:

bradokapak said...

Salam Ustaz Isyar...

nak komen sikit,
muay thai itu adalah nama kepada seni mempertahankan diri mereka yang boleh diajarkan kepada selain keturunan thai, sebab tu ada banyak nama cth, tomi, thai kick boxing, may lao dll...

kalau asal usul muay thai tu, sbnrnya berasal dari muay boran, muay boran adalah seni yang dapat dikatakan sebagai pembunuh... kalau muay thai namanya, sudah banyak diubah2... muay boran spt, muay boran chaiya, muay boran nong pradhu, boran krabi krabong dll...

mcm ust tgk dlm filem ong bak2, itu baru dikatakan muay boran, bukan muay thai...

terima kasih,
wallaua'lam.

bradokapak said...

Salam Ustaz Isyar...

nak komen sikit,
muay thai itu adalah nama kepada seni mempertahankan diri mereka yang boleh diajarkan kepada selain keturunan thai, sebab tu ada banyak nama cth, tomi, thai kick boxing, may lao dll...

kalau asal usul muay thai tu, sbnrnya berasal dari muay boran, muay boran adalah seni yang dapat dikatakan sebagai pembunuh... kalau muay thai namanya, sudah banyak diubah2... muay boran spt, muay boran chaiya, muay boran nong pradhu, boran krabi krabong dll...

mcm ust tgk dlm filem ong bak2, itu baru dikatakan muay boran, bukan muay thai...

terima kasih,
wallaua'lam.

Sejarah2u said...

Salam al-Faruuq..

Terima kasih atas tambahan input baru tentang muay thai tersebut.

Semoga terus istiqamah dlm perkongsian wadah info dan ilmu ini.InsyaAllah

Unknown said...

salam...

kalau ikut kan penerangan 'bradokapak',

nama seperti muay boran chaiya, muay boran nong pradhu, boran krabi krabong adalah berdasarkan tempat,

1.chaiya(cahaya)
2.Krabi (Ghraibi)
3.nong pradhu - dalam jajahan Kanchanaburi (Kencana Puri)

kawasan2 ni adalah kawasan melayu dibawah kerajaan melayu islam warisan srivijaya sebelum ditakluki kerajaan siam Ayuthia. Luas jajahan bangsa melayu sampai ke champa.

mungkinkah asal usul muay thai ni adalah senjata melayu melawan kerajaan siam dulu?

sumber
http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-semenanjung-melaka.html

saya sekadar berkongsi.
terima kasih