Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 29 August 2010

Simbol Negara: Pedulikah Kita?

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Apakah persamaan yang terdapat pada Jalur Gemilang, Bunga Raya, Lagu Negaraku, Tugu Negara dan Jata Negara?

Kebanyakan kita tahu bahawa Jalur Gemilang dan Negaraku adalah bendera dan lagu kebangsaan negara ini, tetapi tidak banyak anak muda yang sedar bahawa Bunga Raya dan harimau juga menjadi simbol negara kita.

Jika kita amati, kebanyakan organisasi besar dan sektor swasta menggunakan simbol itu dalam logo mereka seperti Proton, Maybank, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Filem Negara Malaysia.

Sayangnya, setelah usia kemerdekaan negara kita mencapai 53 tahun Selasa ini, masih banyak rakyat Malaysia yang belum sedar tentang erti sebenar serta benda-benda yang menjadi simbol negara ini.

Sejauh manakah rakyat Malaysia yang sedar bahawa Jalur Gemilang, Jata Negara, Lagu Negaraku, Bunga Raya, Tugu Negara, Bahasa Melayu, Proton Saga, Rukun Negara, Harimau dan Masjid Negara adalah sebahagian daripada simbol negara kita?

Berapa ramaikah daripada kita yang berasa marah atau mengambil kisah apabila penunjuk perasaan membakar Jalur Gemilang di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lepas?

Semua simbol itu mencerminkan identiti negara, yang bukan sahaja masih samar dalam kalangan generasi muda, tetapi juga sesetengah orang dewasa dan organisasi berkaitan yang sepatutnya lebih tahu mengenainya.

Bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu, kereta nasional pertama Proton Saga, Tugu Negara dan Masjid Negara tidak begitu diambil peduli oleh generasi muda.

Bercakap tentang penghayatan terhadap identiti negara, Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil berkata generasi muda hari ini tidak akrab dengan simbol berkenaan.

Katanya semua simbol ini melambangkan perpaduan, keamanan dan sejarah negara, yang masing-masing mempunyai sejarah di sebaliknya.

"Bukan mudah untuk diiktiraf sebagai simbol sesebuah negara kerana prosesnya mungkin mengambil masa bertahun-tahun," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama baru-baru ini.

Sebagai contoh, kata beliau, bunga rasmi negara, Bunga Raya, dipilih selepas diadakan pertandingan yang melibatkan banyak bunga lain, termasuk orkid.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menghayati dan enggan menghargai nilai yang tersirat di sebalik simbol ini.

"Malah, ada antara mereka yang tidak tahu bahawa Bunga Raya mempunyai lima kelopak," katanya.

Ditanya sama ada sukatan pelajaran sekolah sekarang adalah mencukupi untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menghargai simbol negara, Sidek berkata ia memang mencukupi, tetapi hasilnya banyak bergantung pada cara bagaimana ia disampaikan oleh guru kepada murid.

"Kalau selama ini guru yang memberi penjelasan kepada pelajar, cuba buat perubahan dengan meminta murid pula bercakap tentangnya agar mereka lebih memahami erti dan sejarah di sebalik sesuatu simbol itu," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pendedahan tentang semua simbol yang amat bernilai itu tidak seharusnya dilakukan melalui alam persekolahan semata-mata, tetapi perlu dilaksanakan secara berterusan termasuk di tempat kerja, restoran dan malah, di hotel.

"Seperti yang anda nampak sekarang, kebanyakan restoran makanan segera mempamerkan budaya Amerika melalui gambar koboi yang digantung di merata dinding. Saya rasa, inilah caranya Barat menjajah minda kita.

"Kesedaran perlu diwujudkan di mana saja...di sekolah, universiti, tempat kerja, restoran dan malah, di hotel," kata Sidek.

Sumber: Bernama

Jahil Agama Jadi Punca, Umat Diseru Hayati SEJARAH Islam

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan ada yang kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya.

Sumber: HarakahDaily

Sila baca juga:

1) Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo
2) Hukum Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Friday 27 August 2010

Antara Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Dalam beberapa hari lagi, negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 tahun. Rupanya dah setengah abad kita menjadi bangsa yang merdeka dari penjajahan bersifat fizikal.

Laungan keramat 'Merdeka' masih dirasakan kuat terngiang-ngiang, seolah-olah ungkapan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abd Rahman itu masih segar dan seperti baru semalam didengari.

Bertuahlah kita generasi anak merdeka yang dilahirkan di sebuah negara yang hari ini kita kenali sebagai MALAYSIA. Alhamdulillah..

Namun, apabila ditanya kepada anak-anak pelajar di sekolah hari ini waima kalangan dewasa pun masih ragu-ragu untuk membezakan antara sambutan Hari Kemerdekaan dengan sambutan Hari Malaysia.

Ini tidak sukar difahami kerana selama 51 tahun merdeka kita sering dihidangkan sambutan mega Hari Kemerdekaan di kaca televisyen pada setiap tarikh 31 Ogos pada setiap tahun, iaitu tarikh penting merdekanya Persekutuan Tanah Melayu dari penjajahan kolonial British.

Sementara sambutan Hari Malaysia pula merujuk kepada pembentukan sebuah negara yang dikenali 'Malaysia', ilham nama oleh Dato' Onn yang merujuk kepada kemerdekaan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British dalam gabungan dan gagasan Malaysia yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih awal merdeka, pada tarikh 16 September 1963.

Meskipun begitu, pada Ogos 1965, Singapura telah menarik diri daripada gagasan Malaysia, lalu mengekalkan gabungan Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah dan Sarawak sebagaimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Sesungguhnya, kedua tarikh penting tersebut wajar diingati dan semangatnya perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda bagi mengukuhkan iltizam menjadi bangsa yang merdeka dalam erti kata yang lebih luas, di samping memantapkan jati diri rakyat dan integrasi nasional ke arah mencapai matlamat bersama.

Malanglah..ketika di ambang ke-53 tahun kita menyambut kemerdekaan negara, kita dilihat masih 'terpenjara' pemikiran dan tindakan, tebal sifat 'jahiliah' dan perkauman sempit, serta mudah dilayan dengan hawa nafsu kebinatangan yang menjadikan kita seperti tidak pernah diperkenalkan dengan peradaban holistik yang menuntut kita menjadi warga yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara serta nilai kemanusiaan sejagat seluruhnya.

Akhir bicara, Sejarah2u mengambil peluang ini untuk merakamkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia' kepada semua warga Malaysia. Semoga sinar mentari hari esok akan lebih cerah dan ceria berbanding hari semalam untuk negara kita tercinta, Malaysia. Allahu 'alam

Monday 16 August 2010

Tahukah Anda? : Sistem Pentadbiran Tanah

Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri Melayu mempunyai sistem tanahnya sendiri dan dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan.

Hanya pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens sebagaimana dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan dan peraturan tanah di Negeri-Negeri Melayu.

Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada 25 November 1913 dan menjadi Enakmen Tanah Simpanan Melayu No. 15 Tahun 1913. Undang-Undang ini mempunyai 16 seksyen kesemuanya.

Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Sistem Feudal di Eropah