Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Tuesday 4 November 2008

Obama Presiden baru AS, cipta SEJARAH

BARACK Obama bersama isterinya, Michelle dan anak perempuan mereka, Sasha, 7, melambai ke arah penyokong mereka di Grant Park, Chicago selepas muncul pemenang pemilihan Presiden Amerika Syarikat. - foto AP

WASHINGTON: Sah! Dalam tempoh lima jam pertama selepas pengundian ditutup - Senator Barack Obama, yang memulakan cabaran dua tahun lalu dengan slogan "Change", memenangi pemilihan bersejarah Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House.

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Setakat 12.45 tengah hari tadi Obama memperoleh 338 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 155 undi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia)

Obama hanya memerlukan 270 undi untuk menang jawatan Presiden. Dengan kemenangan itu beliau akan mengangkat sumpah dan memasuki White House Januari depan.

McCain sebentar tadi mengaku kalah dalam pemilihan sambil mengucapkan tahniah kepada Obama yang berganding dengan Joe Biden sebagai calon Naib Presiden.

Kemenangan Obama mendapat reaksi positif daripada negara-negara besar dan maju termasuk China yang mengalu-alukan pemilihannya sebagai Presiden AS yang ke-44.

Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri lain, Obama merekodkan prestasi yang 'menarik' untuk mengatasi McCain dengan mudah.

Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.

Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.

Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.

Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.

Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.

Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.

Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.

McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

Sumber: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/5/mstar_mutakhir/20081105063432&sec=mstar_mutakhir

lihat juga: Political Dashboard - 2008 US Presidential Election

3 comments:

Isyraf Imrani said...

Obama mmg ramai penyokong terutama skali dari kalangan org kulit hitam..

Sejarah2u said...

Salam isyraf imrani. Sokongn penduduk kulit hitam dan hispanik mmg tiada siapa dpt nafikan..tp, sebenarnya golongan muda & profesional yg telah byk menggerakkan arus perubahan ini selaras dgn tagline 'Change We Need'.

Ust berharap agar Afro-diaspora yg telah dijaja oleh Malcom X dan Martin Luther King sebelum ini dan kini Obama akan terus menarik penduduk kulit hitam utk mengkaji dan melihat bhw asal usul keturunan nenek moyang mrk sebelum 'diperhambakan' di Amerika sebenarnya adalah berakar umbikan Aqidah Tauhid kpd Allah, iaitu ISLAM.

Isyraf Imrani said...

InsyaAllah..ana pon berharap yang sedemikian ust..