Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 26 June 2009

Arnold Toynbee; 'A Study of History'

Arnold Toynbee merupakan seorang ahli sejarah yang terkenal dengan penulisan karyanya, "A Study of History". Buku tersebut ditulis dalam masa lebih daripada 20 tahun.

A. Toynbee lahir di British pada tahun 1889 dan meninggal dunia pada tahun 1975.

Keluarga Toynbee merupakan golongan kelas pertengahan dalam masayarakat British pada ketika itu. Ibunya juga merupakan seorang ahli sejarah yang terkenal.

Beliau mendapat pendidikan menengahnya di sekolah asrama (pendidikan bangsawan) dan melanjutkan pendidikan tingginya di Unversiti Oxford. Bidang pengajiannya ialah Sejarah Klasik dan merupakan pakar dalam bidang Sejarah Greek (Yunani) dan Rom.

Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama telah berlaku di Eropah. Toynbee diarah berkhidmat dalam bahagian diplomatik.

Pada tahun 1920, selepas tamat Perang Dunia Pertama, beliau melibatkan diri dalam bidang penerbitan dengan sebuah majalah berkenaan hal ehwal antarabangsa, di samping turut mengajar di Universiti London (1919-1955), sambil menghabiskan masa dan usahanya menyiapkan penulisan buku agungnya, "A Study of History".

Sepanjang hidup Toynbee telah memperlihatkan perluasan kuasa British serta kemerosotannya pada awal abad ke-20. Beliau juga telah melalui peristiwa Perang Dunia Pertama yang telah membawa penderitaan dan kemusnahan kepada tamadun kemanusiaan.

Dalam keadaan yang kritikal ini, Toynbee telah memberikan takrifan semula tentang pengertian sejarah dan nasib peradaban manusia seperti katanya, "...saya tidak mahu cucu cicit saya mengalami nasib yang sama. Menulis buku "A Study of History" merupakan pendirian responsif saya terhadap cabaran dan hasil daripada kekejaman dan kealpaan manusia yang telah saya saksikan di depan mata saya sendiri".

Dalam mentakrif dan memahami makna peradaban, Toynbee menyatakan peradaban sebagai "satu keadaan atau suasana masyarakat yang dicipta dengan bersungguh-sungguh, agar semua manusia boleh hidup di dalamnya secara aman dan harmoni seperti berada di dalam sebuah keluarga beserta nilai sejagatnya".

Menurut beliau peradaban akan melalui tahap-tahap seperti kelahiran, perkembangan, kemerosotan dan kehancuran (disintegration). Selepas melalui tahap kehancuran, maka lenyaplah peradaban tersebut.

Menurut beliau lagi, terdapat hubungan atau pertalian kekeluargaan antara peradaban bersifatkan sejarah. Oleh itu, terdapatnya Perdaban Induk dan Peradaban Terbitan (affiliated civilization).

Toynbee juga telah membahagikan jumlah peraban manusia kepada 21 buah peradaban yang diberi ciri-ciri pensejarahan dan turun naik peradaban-peradaban tersebut.

No comments: