Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 29 June 2009

REFORMATION: Berakhirnya Perpaduan Agama Kristian di Eropah Barat

Reformation ialah gerakan pembaharuan agama Kristian yang bermula di Eropah Barat pada tahun 1510-an dan berakhir pada 1550-an.

Gerakan ini muncul sebagai satu lagi kesan daripada semangat inkuiri yang sedang berkembang. Di samping itu, gerakan ini mempercepat lagi proses penolakan banyak unsur tradisi dan unsur-unsur lama dalam masyarakat Eropah.

Oleh sebab itu, proses tersebut dianggap oleh sesetengah sarjana sebagai perkembangan yang amat penting pada Zaman Moden Awal Eropah.

Kita juga akan mendapati bahawa pembaharuan dalam agama Kristian ini berlaku hampir 1500 tahun selepas agama Kristian diperkenalkan.

Sebelum awal kurun ke-16 lagi sudah wujud perasaan kurang senang dan kritikan terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan amalan Gereja Katolik.

Hanya pada awal kurun ke-16 tercetus satu gerakan yang memecahkan perpaduan dunia Katolik yang telah bertahan begitu lama di Eropah Barat, kesan penentangan mereka terhadap segala penyelewengan dan kepincangan dalam amalan gereja Katolik. Mereka dikenali sebagai 'Protestant'.

Pada tahun 1517, Martin Luther, paderi dari Jerman dan pengasas aliran Protestan, telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan yang dikenali sebagai indulgences.

Indulgences ialah penjualan surat pengampunan dosa oleh pihak gereja kepada orang Kristian yang sudah bertaubat dan berjanji membuat kebajikan. Biasanya indulgences ini dijual tanpa pembelinya membersihkan diri dan penjualannya telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan beberapa pihak termasuk para paderi dan pemimpin-pemimpin tinggi gereja.

No comments: