Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 18 January 2010

Antara Tembok Besi Mesir dan Tembok Batu Berlin

Selasa (12/1/2010) lalu, Dr Abdullah al-Ashal, bekas pembantu kepada Menteri Luar Mesir mengatakan bahawa tembok besi yang dibina oleh Mesir sepanjang sempadan negaranya dengan Semenanjung Gaza ialah satu jenayah kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Di dalam satu kenyataan kepada rangkaian Al-Jazera, Dr Ashal selaku professor undang-undang antarabangsa di University Amerika menambah bahawa melalui pembinaan tembok ini, Mesir secara langsung terlibat dengan Israel di dalam usaha mengepung Gaza secara paksaan.

Profesor tersebut menambah lagi bahawa kerajaan Mesir terus mengulangi kepentingan pembinaan tembok ini dari sudut keselamatan nasional , sedangkan itu adalah helah mereka semata-mata untuk mengelakkan pihak luar mempersoalkan tentang tembok ini, dan ini boleh digambarkan sebagai "keganasan yang bijak”.

Sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Nota: Ketika Eropah hangat dalam suasana Perang Dingin (Cold War) selepas berakhirnya era Perang Dunia Kedua (WWII), tembok Berlin dibina bagi memisahkan antara dua wilayah bersaudara tapi berlainan ideologi, Jerman Timur (komunis) dan Jerman Barat (kapitalis). 'Tembok Ideologi' ini tidak begitu menindas dan menekan kehidupan rakyat di dalamnya berbanding keadaan 'terkepung menanti maut' seperti di Gaza. Setiap hari, negara2 dunia dan pertubuhan2 antarabangsa mengecam sehingga akhirnya tembok ini diruntuhkan. Berbeza di Gaza, di manakah suara besar dunia untuk mengecam dan menekan pembinaan tembok yang tidak bertamadun ini? Akan adakah hari esok buat umat Gaza yang dilayan seperti 'binatang dalam kurungan'?

No comments: