Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 25 January 2010

Sumber Pembinaan Tamadun

Warisan sejarah silam menjadi khazanah terbaik bagi membina asas pembinaan tamadun masa depan. Sejarah tamadun kemanusiaan membuktikan bahawa tamadun besar memang sentiasa memanfaatkan tamadun sebelum mereka.

Tamadun Yunani memanfaatkan tamadun Mesir Purba, tamadun Mesopotamia, Sumeria dan juga tamadun India Kuno. Tamadun Islam memanfaatkan tamadun sebelumnya terutama tamadun Yunani. Tamadun Islam pula menjadi sumber inspirasi tamadun Kristian abad pertengahan dan begitu juga tamadun Barat Moden.

Dalam konteks sejarah perkembangan tamadun, rantau kepulauan Melayu yang menjadi bahagian penting wilayah ini yang akhirnya menjadi negara Malaysia moden lagi merdeka terletak dalam rangkaian tamadun Islam yang tersebar dari sempadan Lautan Atlantik sehinggalah ke sempadan Lautan Pasifik.

Sebelum itu rantau ini lebih dikenali sebagai Kepulauan Melayu dengan Semamnanjung Malaysia dan Sumatera di Indonesia merupakan dua wilayah terpenting menjadi pusat kepada tamadun Melayu-Islam di rantau ini.

Jika beginilah hakikat sejarahnya, seperti yang dibuktikan dengan penyaksian oleh Marco Polo, Pelayar Agung Eropah bahawa ketika beliau sampai di Perlak pada tahun 1292, Islam telah pun dihayati oleh umat rantau ini, begitu juga catatan pengembaraan oleh Ibnu Battuta, Pelayar Agung Islam yang mengadakan sendiri wacana ilmu di Pasai pada tahun 1345.

Maka tiada ternafi oleh kita tentang tradisi ilmu yang lebih panjang daripada yang diperolehinya sejak pembentukan negara Malaysia moden dan merdeka ini.

Begitu juga dengan pembuktian Prof. Syed Naquib Al-Attas bahawa Batu Bersurat bertulisan jawi tertua di rantau ini yang dijumpai di Terengganu bertarikh 22 Februari 1303 dan juga pengkajian beliau terhadap manuskrip Melayu tertua ditulis pada abad ke-16 itu memperjelaskan kepada kita di mana boleh kita perolehi akar dan asal tradisi ilmu bagi pembinaan sebuah tamadun.

No comments: