Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday 28 January 2010

Beban Orang Putih (The White Man's Burden)

Dalam proses mendominasi masyarakat bukan-Barat atau penjajahan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri, budaya bukan-Barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan tradisional termusnah.

Kenyataan ini senada dengan pandangan Joseph Chamberlain, iaitu salah seorang pengasas dan pendokong imperialisme, yang mempercayai bahawa:


"...in carrying out this work of civilisation we are fulfilling what i believe to be our national mission". (Royal Colonial Institute, 31 Mac 1897)

Kemudian bahagian-bahagian yang termusnah itu disusun semula, sistem nilai dijelaskan semula dan pembangunan diadakan berdasarkan teknologi dan cara berfikir yang telah diambil daripada pihak penjajah untuk diasimilasikan ke atas negara dan masyarakat yang dijajah.

Eropah atau Barat yang ditandai peristiwa-peristiwa seperti Zaman Gelap, Revolusi Pertanian, Perindustrian, Renaissance, Reformation, penemuan dan penciptaan teknologi saintifik, Revolusi di Perancis, Britain, dan Amerika sehinggalah ke era pelayaran eksplorasi telah mewujudkan persaingan kuasa antara sesama mereka ke atas negara-negara bukan Eropah.

Bermula pada abad ke-15, Barat telah melangkaui sempadan Eropah dan menjelajah ke seluruh dunia bertujuan memperoleh kemewahan serta menerokai laluan perdagangan yang baru. Pedagang dan mubaligh Portugis dan Sepanyol berjaya menyeberangi Lautan India dan menghubungkan Afrika Timur, negara Arab, India dan Timur Jauh. Kegiatan perdagangan rempah ratus dan keperluan berterusan bahan mentah semakin meningkatkan ekonomi mereka.

Natijahnya, menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan negara-negara bukan Barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerintahan kuasa-kuasa utama Eropah, diketuai oleh Britain.

Dengan itu, kesan pengaruh Barat dirasai oleh sebahagian penduduk dunia. Mengikut Flint (1974. Cecil Rhodes. Biston: 32-33), Cecil Rhodes amat yakin bahawa bangsa Anglo-Saxon akan menjadi dominan dengan membawa kebebasan, keadilan dan keamanan kepada dunia melalui kenyataannya;

"...the extension of British rule throughout the world... the colonization by British subjects of all lands..."

Nilai sentimen yang sama turut dizahirkan oleh Lord Rosebery pada 1893 apabila beliau menyatakan bahawa;

"... it is part of our responsibility and heritage to take care that the world, so far as it can be moulded by us, shall receive the Anglo-Saxon and not another character." (Giddens, A. 1990. Sociology. Cambridge: Polity Press)

Pernyataan Rhodes dan Lord Rosebery itu umumnya menggambarkan kepada kita akan rasa penuh keyakinan masyarakat Barat (khasnya Inggeris) bahawa mereka mempunyai misi untuk mentamadunkan masyarakat dunia dan dengan andaian bahawa mereka adalah lebih baik berbanding dengan penduduk pribumi atau tempatan yang dijarah mereka menggunakan strategi 'realpolitik' demi matlamat dan kepentingan mereka semata-mata.

4 comments:

Unknown said...

Pleas that u dont want i maki u, better make it easy to Understand it, oky dont be so stupikkkkkkkkkkk

airel said...

???

Unknown said...

cuba ringkaskan bleh

Unknown said...

i faham jur -_-