Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 18 January 2010

NUTP: Usaha Kurangkan Beban Tugas Guru

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang bagi setiap 500 murid bagi menjalankan beberapa tugas tertentu yang kini dipikul oleh guru.

Setiausahanya Lok Yim Pheng berkata pembantu guru itu akan berperanan melakukan segala kerja pengkeranian seperti mengisi borang dan mengiringi murid ke acara sukan atau ke hospital dan klinik, dan ini akan membebaskan guru daripada beban yang tidak perlu, sekali gus membenarkan mereka menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.

"Pada masa sekarang guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lok berkata NUTP, yang mempunyai 160,000 anggota, menyambut baik keputusan kerajaan untuk memperkenalkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam kurikulum sekolah bagi memenuhi keperluan semasa.

"Inilah yang kita minta bertahun-tahun sebelum ini dan kita berasa gembira kerana kerajaan telah memberi respons yang positif kepada idea itu," katanya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bahawa kerajaan berhasrat mengubah sistem pendidikan negara bagi menyediakan pendidikan berkualiti.

Lok berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk menaik taraf sistem teknologi komunikasi maklumat sekolah dan menghubungkannya terus kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian.

"Apa yang berlaku sekarang ialah guru-guru diminta menghantar maklumat yang sama kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian secara berasingan," kata Lok.-- BERNAMA

Sila baca juga:
1) Tugas guru : NUTP gariskan beban tanggungan
2) Guru Mahu Fokus Tugas Hakiki, Keselamatan Sekolah Terjamin
3) NUTP Harap Beban Tugas Guru Dikurangkan
4) KPM dan Cabaran Beban Tugas Guru

No comments: