Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 19 February 2010

Sejarah Tercipta Selepas Hampir Dua Dekad

Di atas ketentuan dan keizinan dari Allah Swt, maka pada 5 Januari lalu, Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) iaitu SRI Al-Amin Gombak dan SMI Al-Amin Gombak telah dianugerahkan kelulusan sijil layak menduduk (CF) oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sehubungan itu, pihak Lembaga Pengelola PPAA akan menganjurkan Majlis Kesyukuran Al-Amin sempena penyerahan sijil CF tersebut pada 20 Februari 2010, bertempat di Surau Al-Amin. Majlis penyerahan tersebut akan disempurnakan oleh YB Dato' Dr Hj Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia.

Satu majlis jamuan makan tengahari akan disediakan kepada semua jemputan yang hadir.

"Ke Arah Membentuk Generasi Pelajar yang Soleh Wa Musleh Melalui Sistem Pendidikan Bersepadu"

4 comments:

~al-Barq~ said...

hahahaha....kirenya baru skrng ah PPAA baru dikire 'sah' dan 'halal'......

Khazinatul_Asrar said...
This comment has been removed by the author.
Khazinatul_Asrar said...

AlhamdulilLah.
kini,sudah 20generasi, dan sudah 15generasi grad dari PPAA. Syukur, syukur.

Semoga PPAA terus melahirkan graduan soleh wa musleh sejati. Ameen.

Teruskan perjuangan ustaz, kami alumni akan terus menyokong al-Amin!

Sejarah2u said...

Salam al-Barq :)
Sebetulnya dalam tempoh hampir dua dekad sebelum tu, PPAA memang dah 'halal' dan 'sah'..cuma proses utk memberi penarafan 'halalnya'secara teknikal shj yg berlaku dgn agak perlahan dan penuh tanda tanya.

Jika kita mengkaji fiqh as-Sirah..ajaran tauhid yg dibawa oleh Nabi Saw hakikatnya sudah sedia 'halal', cuma proses penarafan 'halal dunianya' dlm masyarakat Arab Quraish ketika itu khususnya oleh penguasa atau pembesar Makkah memerlukan tempoh masa 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah utk Rasulullah Saw berjuang dgn penuh sabar, istiqamah dan berhikmah..dan kemudiannya barulah umat Arab Quraish mengiktiraf Islam dalam status penarafan 'Halalnya'.

Alhamdulillah..yg penting al-Barq, bukan sahaja kita mengambil kira status 'Halal dunianya'..tetapi yang lebih utama lagi daripada itu ialah bagaimanakah kita boleh bersama-sama mengisi agenda perjuangan dan hala tuju Al-Amin selepas ini.

Salam Khazinatul_Asrar :)
Alhamdulillah sama2 kita rafa'kan kesyukuran hanya kpd Allah Rabbul 'izzati.

Betul tu..namun, bukanlah berapa banyak generasi atau graduan yg telah Al-Amin lahirkan itu persoalannya..tapi lebih penting drpd itu ialah kualiti graduan dan keutamaan ke atas mereka utk bersama-sama mengisi agenda pembinaan 'khayra ummah' sebagai jurubicara ummat dan selaku 'duta kecil' Al-Amin meski di mana sekalipun berada.

Teruskan perjuangan para alumni utk memartabatkan umat dan 'mengharumkan' lagi nama Al-Amin di persada serantau dan global. InsyaAllah

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u" :)