Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 14 June 2009

Demokrasi ala-Westminster

Pengamalan sistem demokrasi di Malaysia sering dikenali sebagai demokrasi ala-Westminster.

Sistem ini sebenarnya sempena nama tempat terletaknya lokasi bangunan parlimen di England iaitu Westminster Abbey.

Kebanyakan negara Komanwel* sekarang mengamalkan kerajaan demokrasi ala-Westminster ini. Tetapi bukan semua aspek sistem demokrasi ini digunapakai.

Beberapa aspek atau cirinya telah diubah suai mengikut kehendak dan kesesuaian negara kita.

Antara aspek atau ciri yang tidak ada di England tetapi ada di negara kita termasuklah:

1) Negara kita merupakan negara berkonsep persekutuan iaitu wujud dengan mempersatukan tiga belas kerajaan negeri, manakala kerajaan England wujud sebagai sebuah negara yang tunggal.

2) Negara kita mengandungi warganegara yang berbilang kaum yang mempunyai adat resam, bahasa dan agama yang berlainan. Kita belum lagi mencapai perpaduan bangsa yang utuh. Negara kita hari ini adalah sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala England adalah negara tua yang sudah ada tradisi dan boleh disifatkan satu tamadun lama.

3) Negara kita ada undang-undang yang mungkin dianggap tidak selari dengan sesetengah prinsip demokrasi seperti undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4) Di dalam Perlembagaan negara tercatat hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dalam hal penetapan kuota berkaitan perkhidmatan awam, permit, biasiswa dan sebagainya memandangkan kemunduran kedudukan ekonomi golongan ini.

5) Sebenarnya England tidak mempunyai satu buku karangan perlembagaan yang lengkap ditulis seperti yang terdapat di negara kita, tetapi hanya mempunyai kumpulan kertas atau dokumen undang-undang yang telah diluluskan di parlimennya.

* Komanwel merupakan sebuah pertubuhan dunia yang menggabungkan negara-negara bekas Tanah Jajahan British.

2 comments:

mas syarep said...

slm ustaz..ana rse..british pn ade gak internal safety act (ISA)..tp diorgnyer lbh bgs sbb tidak meletakkan akta tu dibawah kementerian berpotfolio..sbb dia akta tu terus diletakkan di bwh MI6 ataupun royal military inteligence..so kuasa tu berada terus di bwh her majesty la..terbukti penggunaan akta2 tersebut ketika ireland menuntut merdeka drpd british..so klo kerajaan kita nk relevankn ISA..kena letak terus bwh yg dipertua agong..amcm..btul x?

lg satu ttg negeri2..dulu british gunekn jugak sistem mcmane negeri2 kite buat ni jugak..waktu zmn pemerintahan king Henry IV..waktu tu wales,scotland,england dan juga ireland disatukan dgn perjanjian antara raja2 mrk..ketika tu ada juga kerajaan persekutuan yg mana diletakkan terus dibwh parlimen utama di england..scotland pula gunakan sistem raja mcm yg ada di negeri sembilan hari ini..tp sbb mrk masih menggunakan old tradition..sape kuat..dia yg berkuasa..so xstuju..n menentang..akhirnyer..kerajaan persekutuan cadangkan sistem mcm sistem yg dipertuan agong hari ni..iaitu sistem giliran..so dia lahirkn istilah land lord..

jd ustaz..point ana drpd cite pjg lebar yg ntah btul atau x..pointnyer..sistem demokrasi ni mcm eksperimen jugak..stiap sistem yg pernah dicuba buat..keputusannya dibukukan..disimpan..so sape2 nk gune nnti..bole pilih la yg mne satu sesuai utk mrk gunekn..dan kita pun antara org yg diberi peluang utk memilih sistem tu..jd..bg ana..pemimpin kita yg qudama'(yg awal2) ni yg blaja pendidikan perundangan barat ni..dpt idea drpd apa yg mrk blajo..then..bwk blk..diorg pun buat..

amcm??btul ker pendapat ana yg hina ni?

Sejarah2u said...

Salam mas syarep. Kabare? Didoakan waras sentiasa la yer.

Ust setuju dgn pandangan mas berkaitan ISA yg diamalkan di England tu. Tapi, tak perlu banyak2letak bawah YDPA, kerana bawah Agong dah ada 'undang2 X','Perkara 153' dan mcm2 lagi..kesian pulak Agong nak pikul benda2 warisan penjajah ni..lebih baik daripada tiada daripada ada kan.

Tentang perihal perjanjian di England tu, ust setuju konsep persekutuan ada mereka amalkan. Tapi, yang lebih penting di sini ialah 'how they enforce about the spirit of federation there' (dgn izin)..kerana akhirnya England tetap lebih awla berbanding state2 yang lain. Misalnya, jika enta tengok jalan cerita dalam filem 'Braveheart' yang mengenengahkan konflik antara england dan scotland yang didikriminasikan. Akhirnya, teori evolusi Darwin juga yang terpakai iaitu siapa yg lebih superior akan terus survive dan yg lemah akan terus tertindas.

Tentang eksperimen tu..sudah pasti ia akan berlaku begitu krn kebanyakan sistem pentadbiran dan sistem hidup yang ada digunapakai kini cenderung berteraskan 'man made law', tu yang banyak haru biru tu sebab guna logik aqal manusia yang sangat terbatas ni..sedangkan yg lebih utama kita ketengahkan ialah sistem yang berteraskan 'divine/god made law' atau sistem berteraskan wahyu Ilahi yang sangat memenuhi keperluan dan memenuhi fitrah karamatul Insaniyyah.

Justeru, ust selalu tekankan agar kita perhalusi aspek2 dalam 'maqasid syar'iyyah' agar kita terus bertenang memilih hanya yang terbaik tanpa 'taqlid' buta semata-mata dek krn sirna palsu sistem2 yang dimomokkan kononnya terbaik utk kita ikuti, lantas kita terus-terus diinjak dan menjadi 'bahan eksperimen' musuh2 Allah Swt laknatullah...wa na'uzubillah min zaalik.

Salam mahabbah fillah :)