Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Wednesday, 12 August 2009

Memori Nagasaki dan Hiroshima

Datuk Bandar Nagasaki menyeru kepada pengharaman senjata nuklear, dalam satu upacara bagi menandakan ulang tahun ke-64 serangan Amerika Syarikat yang memusnahkan bandar raya Jepun tersebut serta membunuh 74,000 penduduknya.

Dalam ucapan yang diberikan sejurus selepas 11:02 pagi iaitu masa yang sama bom plutonium AS membinasakan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Datuk Bandar Tomihisa Taue berkata, terdapat sedikit perkembangan mengenai penghapusan senjata nuklear tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Dia memetik ucapan Presiden Barack Obama pada April lalu, yang menyeru dunia membasmi senjata atom tetapi turut menyebut tentang ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara, Mei lalu.

"Sebagai umat manusia, kita ada dua jalan di hadapan kita.

"Satu jalan bakal membawa kita ke arah dunia tanpa senjata nuklear, manakala satu lagi menjurus kepada kehancuran, bakal menyebabkan kita menderita lagi sebagaimana kemusnahan yang dialami Nagasaki dan Hiroshima 64 tahun lalu," katanya.

Kerajaan Jepun mengenal pasti jumlah keseluruhan kira-kira 150,000 mangsa daripada serangan atom Nagasaki, termasuk mereka yang mati beberapa tahun kemudian ekoran cedera dan sakit terkena radiasi atom.

Nagasaki diserang tiga hari selepas sebutir bom atom dijatuhkan di Hiroshima yang mengorbankan 140,000 orang.

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Hadirin bertakafur seketika tepat pada masa kejadian 64 tahun terdahulu, manakala loceng besar di Taman Keamanan bandar itu dibunyikan beberapa kali.


Sebaik sahaja Taue menghabiskan ucapannya, sekumpulan burung merpati dilepaskan di taman yang menempatkan ratusan origami burung jenjang berwarna-warni yang digantung oleh penduduk tempatan.

Sekitar 5,800 orang termasuk para pembesar dan wakil daripada 29 negara menghadiri upacara tersebut.

Taue telah menjemput ketua-ketua negara yang memiliki senjata nuklear, termasuk Obama dan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev untuk ke Nagasaki. - AP

Sumber: Utusan Online

2 comments:

He and She said...

sebenarnya sejarah banyak mngajar kite tentang peradaban sesebuah negara.

Lihat sahaja bagaimana Jepun bertukar menjadi sebuah negara yang maju setelah dilanda badai yg hebat.

Mujahid Islah said...

Salam He and She @ White02..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sejarah2u serta melontarkan komen yang agak bernas tentang peri penting peranan sejarah dan peradaban kpd perkembangan sesebuah negara.

Macam White02 juga yang studi Comp Sc n information tech juga turut punya peranan dalam menentukan peradaban yang terbaik untuk diteladani.

Moga beroleh petunjuk di sisiNya. Ameen