Wednesday, 12 August 2009

Rahsia Islam di China

Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia.

Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China.

Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga ke era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar.

Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad Saw itu terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar merupakan hasil karya Saudara Ann Wan Seng, setebal 160 muka surat dan diterbitkan oleh PTS Publications ini menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya.

Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri jatuh bangun umat Islam China di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti.

Ditulis dengan gaya bahasa mudah, mengikut rantai peristiwa dan dikukuhkan dengan koleksi gambar sebagai bukti kewujudan tamadun Islam di sana.

Selamat membaca!! :)

No comments: