Ferdinand Magellan telah dilahirkan pada tahun 1480 di Sabrosa, utara
Portugal. Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pelayar
kerana pernah menjadi kelasi kapal di Kepulauan Maluku, Indonesia.
Rancangannya untuk mengembara telah ditolak oleh Raja Manoel, Raja
Portugal namun usulnya telah diterima oleh Raja Sepanyol. Pada tahun
1519, beliau telah bertolak dengan lima buah anak kapal iaitu Trinidad,
San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago.
Beliau telah menghadapi masalah dengan ketua-ketua
kapalnya namun telah dapat diselesaikan dengan menghukum gantung
terhadap salah seorang daripada ketua kapal tersebut. Perjalanannya yang
sukar telah mengakibatkan satu kapalnya telah karam di lautan. Beliau
telah sampai ke sebuah selat yang kini mengambil sempena nama beliau,
Selat Magellan. Sepanjang 16 minggu di Lautan Atlantik, anak-anak
kapalnya telah kekurangan makanan sehingga mereka sanggup minum air yang
busuk, makan biskut lama, tikus dan kulit yang direbus kerana
kelaparan. Ramai juga kelasi beliau yang mati akibat penyakit skurvi,
penyakit berjangkit dan kekurangan vitamin C; (Anita Ganeri.:1999:6-15).
Namun, mereka telah tiba ke Pulau Guam dan mendapat
bekalan makanan dari sana. Mereka telah meneruskan perjalanan mereka ke
Mactan, Filipina. Akibat persengketaan di sana, Magellan telah dibunuh
oleh penduduk tempatan di Zebu, Filipina pada April 1521. Tanpa membuang
masa, Sebastian del Cano dengan anak kapalnya, Victoria telah kembali
ke Sepanyol dengan hanya 18 orang anak kapal bersamanya. Namun, mereka
mencatat sejarah sebagai orang yang berjaya mengelilingi dunia; (Mahdi Shid & Saliza Saad.:2002:234-238).
No comments:
Post a Comment