Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 1 July 2012

Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Bin Salleh


  Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh dilahirkan di Kampung Bagan Pulau Betong, Mukim Balik Pulau, Pulau Pinang pada hari Ahad, 24 Jun 1934 dan dibesarkan di Kedah sejak berumur kira-kira lima tahun. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di Sekolah Melayu Seberang Perak Laki-laki (sehingga darjah IV) dan Sekolah Melayu Sungai Korok Lama (sehingga darjah VI) - kedua-duanya itu di Alor Setar.
  Pendidikan lanjutan beliau ialah menerusi kelas khas sebelah petang di Sultan Abdul Hamid College yang diadakan untuk sebilangan Guru Melayu. Ini diikuti dengan pengambilan peperiksaan LCE (akhir 1956). Beliau kemudiannya belajar dengan sendiri untuk peperiksaan FMCE (akhir 1957) dan HSC (akhir 1959). Beliau masuk ke Universiti Malaya (1961-1964) dengan Biasiswa Kerajaan Persekutuan dan memperolehi Ijazah BA (Hons) dan kemudiannya mengikuti Program Bed secara sambilan (1966-68). Beliau melanjutkan pelajaran ke Standford University (1969-1972) menerusi Fellowship UM-Asia Foundation dan memperolehi PhD dalam Pendidikan dan Sosiologi.
  Pendidikan profesional beliau bermula dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College (1951-1954). Pendidikan profesional yang kedua diperolehinya dengan mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Guru Pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar, Kedah dalam tahun 1950. Setelah tamat pengajian di SITC, beliau mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar 1954-1956. Beliau ditukarkan ke Sultan Abdul Hamid College, sebagai Guru Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1957. Tempoh khidmatnya di situ dimanfaatkannya untuk menyediakan diri untuk mengambil peperiksaan FMCE pada akhir tahun tersebut. Setelah tamat pengajian di Maktab Bahasa, beliau kembali bertugas di SAHC hingga ke pertengahan tahun. Selepas itu beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah di Day Training Centre, Alor Setar sehingga menyambung pelajaran ke Universiti Malaya pada pertengahan 1961.
  Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran dalam Perkhidmatan Pelajaran Persekutuan dan ditugaskan sebagai Pensyarah di Maktab Bahasa. Mulai 1966, beliau memulakan khidmat sebagai tenaga akademik di Universiti Malaya sehingga 1978. Semasa dalam perkhidmatan di Universiti Malaya, beliau memegang jawatan Penolong Pensyarah, Pensyarah, Profesor Madya dan akhirnya Profesor. Dari segi pentadbiran pula, beliau pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Pendidikan dan kemudiannya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
  Kemudian, beliau dipinjamkan ke ITM sebagai Pengarah (1978-1980). Selepas itu, beliau dipinjamkan pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Naib Canselor (1980-1984). Bila Universiti Utara Malaysia ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Naib Canselor yang pertama (1984-1989). Selepas persaraan di UUM, beliau berkhidmat sebagai Penasihat
  Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang.
  Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975).
  Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

No comments: