Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 1 July 2012

Sepanyol belasah Itali untuk kejuaraan Euro 2012

Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol telah menewaskan Itali dengan membelasah  skuad 'The Azzuri' itu 4-0 dalam perlawanan akhir Euro 2012, di Stadium Olimpik Kyiv, Ukraine,  awal pagi tadi (2/7/12 - 2.45 pagi waktu Malaysia)

Gol pertama skuad bimbingan Vicente Del Bosque dijaringkan pemain tengah David Silva pada minit ke-14.

Gol itu berpunca daripada sepakan lintang daripada rakannya Cesc Fabregas di sebelah kiri pintu gol Itali, yantg kemudiannya ditanduk oleh Silva menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon.

Gol kedua pula hadir pada minit ke-41 hasil jaringan pemain bek kiri Sepanyol Jordi Alba yang menerima hantaran 'throughpass' dari Xavi Hernandez sebelum Jordi yang membuat larian melepasi dua pertahanan Itali menyepak masuk ke gawang.

Sementara gol ketiga 'La Roja' pula dijaringkan oleh penyerang gantian Fernando Torres pada minit ke-84 selepas menerima hantaran daripada rakannya Xavi Hernandez.

Pemain gantian Juan Mata turut menempa nama sebagai wira Sepanyol apabila menjaringkan gol keempat, empat minit kemudian selepas menerima hantaran Torres yang terlepas daripada perangkap offside.

Sementara itu, bagi skuad 'The Azzuri' pula, mereka turut melancarkan serangan dan gerakan ke arah gol, tetapi disekat pertahanan lawan atau percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol Iker Casillas.

Penyerang berbisa mereka, Mario Balotelli juga tidak dapat bergerak bebas apabila pergerakkannya sentiasa dibayangi permain pertahanan tinggi lampai Gerrard Pique.

Itali juga dirundung malang, apabila bermain 10 orang apabila pemain gantian ketiga mereka - Thiago Motta mengalami kecederaan pada minit ke-60 menyebabkan semua pemain Itali terpaksa bekerja keras untuk mengekang asakan dan serangan Sepanyol selepas itu.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2008.

No comments: