Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 23 September 2016

Item Berstruktur : Renaissance & Reformation

Muka surat 217 - 220

1. (a) Berikan maksud Renaissance. [ 2 markah ]

 - Berasal daripada perkataan Itali renisciment
- Bermaksud kelahiran semula
- Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam Tamadun Yunani dan Rom
 - Kegemilangan tamadun Yunani yang tenggelam pada zaman Renaissance telah muncul dan berkembang semula
- Asasnya ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir
- Aliran pemikiran ini dinamakan Humanisme

 (b) Nyatakan faktor kewujudan gerakan Renaissance di Itali. [ 3 markah ]

 - Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada masalah hidup
- Kesediaan masyarakat untuk meneroka bidang dan kawasan baru
- Didorong semangat ingin tahu atau inkuiri
- Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
- Kemunculan bandar terkenal seperti Venice,Genoa, Florence ,Rom dan Milan sebagai pusat perdagangan antarabangsa
- Berlaku pertembungan budaya,bahasa dan agama yang menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea-idea baru
- Bandar pelabuhan seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah
- Kemunculan pedagang-pedagang kaya di pelabuhan dan bandar utama di Itali
 - Mereka menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
- Mereka juga menjadi penaung ( patron) kepada pelukis , ahli muzik, saintis dan penulis
- Berlaku persaingan antara Bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendikiawan
- Paus di Rom menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
- Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar

 (c) Berikan kesan perkembangan Zaman Renaissance di Eropah. [ 3 markah ]
 - telah menggalakkan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk seni lukis,seni ukir, persuratan,politik,ekonomi dan sosial.
- Kemunculan monarki baru
- Wujud kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
- Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
- Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
- Kemajuan dalam bidang matematik ,geografi,kartografi ( teknik melukis peta) dan astronomi
- Mendorong perkembangan dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan
- Penekanan kepada ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan dan eksperimen
- Perkembangan pelbagai ilmu sains seperti fizik,biologi ,kimia dan perubatan.
- Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi mereka
 - Mendorong kemajuan dalam seni muzik, lukisan dan ukiran
 - Perubahan masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik,saintifik,falsafah dan metafizik
- Melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia

(d) Namakan tokoh zaman Renaissance. [ 2 markah ]

 - Leonardi da Vinci
- Michelangelo
- Niccolo Machiavelli
- Francesco Petrarch
 - Johann Sebastian Bach
- Nicholas Copernicus
- Galileo Galilie
- Giovanni Bocacio

 Muka surat 220-222

2. Reformation merupakan satu gerakan penting yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. (a) Berikan maksud Reformation. [ 2 markah ]

 - Berasal daripada perkataan reform
 - Bermaksud melaksanakan perubahan / pembaharuan terhadap sesuatu
- Menghasilkan sesuatu yang lebih baik / membentuk sesuatu yang baru
- Mempunyai kaitan dengan agama Kristian

 (b) Nyatakan faktor pembentukan zaman Reformation. [ 3 markah ]
 - Pihak gereja meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
 - Pihak gereja mahu menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di tengah Itali - Menentang amalan rasuah
 - Banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan berlaku
- Masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja katolik
 - Gaya dan cara hidup penguasa gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang terdapat dalam kitab Bible
- Penguasa gereja Katolik cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan - Gaya hidup penguasa gereja tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
- Amalan penjualan sijil indulgence iaitu surat pengampunan

 (c) Jelaskan kesan gerakan Reformation. [ 3 markah ]

 - Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
- Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
- Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian
- Mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
- Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
- Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
 - Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
- Raja England ( Raja Henry VIII ) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom
- Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican

 (d) Namakan tokoh gerakan Reformation yang terlibat dalam kegiatan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi di Eropah ketika itu. [ 2 markah ]

 - Martin Luther
- Huldreich Zwingli
- John Calvin

No comments: