Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 23 September 2016

Item Esei : Ekonomi Dagangan & Kesan Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu

Muka surat 244 - 250

(a)  Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional menjalankan kegiatan ekonomi mereka sebelum penjajahan British di Tanah Melayu? [ 8 markah ]

F1     -  Bersifat sara diri
F2     -  Menjalankan aktiviti melombong seecara mendulang dan melampan
F3     -  Lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu
F4     -  Dikerjakan oleh buruh tempatan
F5     -  Hasil bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India
F6     -  Bijih timah turut digunakan untuk menghasilkan gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik
F8     -  Bercucuk tanam juga dijalankan
F9    -  Menanam padi, ubi, pisang dan kelapa
F10   -  Menggunakan peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala
F11   -  Pengeluaran dalam skala kecil
F12   -  Lebihan pengeluaran digunakan untuk berzakat, sedekah dan kenduri-kendara
F13   -  Lebihan turut disimpan untuk tempoh tertentu
F14   -  Memastikan kelansungan bekalan makanan
F15   -  Menternak binatang juga dijalankan
F16   -  Bertujuan menambah sumber bekalan makanan
F17   -  Menternak binatang untuk memenuhi keperluan keluarga sahaja
F18   -  Binatang yang diternak seperti ayam, itik, lembu dan kerbau
F19   -  Memungut hasil hutan
F20   -  Menangkap ikan secara kecil-kecilan
F21   -  Menggunakan kaedah berbeza mengikut kawasan penangkapan
F22   -  Alatan seperti bubu, kail dan jala digunakan

(b)  Mengapakah masyarakat Melayu kurang terlibat dalam ekonomi dagangan semasa penjajahan British di Tanah Melayu? [ 6 markah ]

F1     -  Tidak mendapat galakan British
F2     -  Terlibat dalam aktiviti ekonomi sara diri
F3     -  Kekurangan modal
F4     -  Tidak memiliki teknologi moden
F5     -  Tidak memiliki pengetahuan
F6     -  Kekurangan tenaga buruh
F7     -  Tidak wujud pengkhususan pekerjaan
F8     -  Saiz tanah kecil
F9     -  Cukai tanah yang tinggi
F10   -  Kekurangan pasaran/pasaran terhad


(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan perkembangan ekonomi dagangan di Tanah Melayu? [ 6 markah ]

F1     -  Kemasukan buruh dari China dan India
F2     -  Buruh India bekerja dengan bayaran gaji yang murah
F3     -  Ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan
F4     -  Penduduk tempatan kekal dengan ekonomi tradisional
F5     -  Penguasaan British terhadap pelabuhan utama di Tanah Melayu
F6     -  Wujud satu rangkaian ekonomi dagangan yang pesat
F7     -  Pembangunan ekonomi di kawasan pantai timur tidak seimbang
F8     -  Pengenalan tanaman dagangan baru seperti getah dan kelapa sawit
F9     -  Kemasukan pemodal Eropah dan China dalam sector tanaman dagangan
F10   -  Pengusaha mengusahakan tanaman gambir, lada hitam dan ubi kayu
F11   -  Pemodal British mengusahakan tanaman getah untuk tujuan eksport
F12   -  Syarikat Eropah melabur modal di tanah Melayu melalui syarikat perwakilan
F13   -  Syarikat Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby
F14   -  Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api
F15   -  Mengubungkan kawasan pertanian komersil dengan pelabuhan
F16   -  Kewujudan golongan pengusaha ataupun komprador


Muka surat 253 -254

2. (a)  Nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kedatangan tenaga buruh luar semasa pemerintahan British.[ 7 markah ]

F1     -  Kepesatan pembangunan di sektor pertanian dan perlombongan
F2     -  Membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran
F3     -  Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan
F4     -  Faktor penolak di negara asal
F5     -  Galakan daripada British
F6     -  Tidak mendapat tentangan dari kalangan orang Melayu
F7     -  Kestabilan politik Tanah Melayu
F8     -  Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
F9     -  Cukai tanah yang tinggi
F10   -  Kekurangan pasaran/pasaran terhad

(b)  Bagaimanakah sistem tiket kredit dijalankan untuk membawa masuk  tenaga buruh China?
[ 7 markah ]

F1     -  Bakal imigran dikumpul dari kampung-kampung di negara China
F2     -  Dilakukan oleh ketua (kheh-thau)
F3     -  Ketua dibayar wang bagi setiap imigran yang dibawa
F4     -  Imigran dikenali Sin Kheh
F5     -  Imigran diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
F6     -  Imigran perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis
F7     -  Pembayaran hutang dijelaskan dengan cara bekerja dalam suatu tempoh tertentu
F8     -  Tiket dibekalkan untuk menunjukkan pelabuhan yang dituju
F9     -  Juga keterangan diri sama ada bebas atau berhutang


(c)  Apakah perbezaan yang terdapat dalam sistem pengambilan kakitangan dengan sistem pengambilan rumah kongsi dalam membawa masuk tenaga buruh dari negara China? [ 6 markah ]

  Sistem pengambilan kakitangan
F1     -  Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar dan melantik pegawainya ke China
F2     -  Tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai oleh majikan
F3     -  Pegawai yang bertanggungjawab akan mengiringi buruh sehingga sampai di tempat majikannya

  Sistem pengambilan rumah kongsi
F4     -  Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara China
F5     -  Pegawai dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
F6     -  Pegawai di negara China akan membiayai segala perbelanjaan buruh sehingga sampai di Tanah Melayu
F7     -  Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa

Muka surat 263 - 266

3. (a)  Jelaskan faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. [ 8 markah ]

F1     -  Perkembangan pesat bidang ekonomi menyebabkan berlaku proses pembandaran
F2     -  Tertumpu di kawasan yang kaya dengan sumber alam semulajadi
F3     -  Kawasan ini sering menjadi tumpuan kegiatan ekonomi penjajah
F4     -  Kegiatan perlombongan bijih timah telah menyebabkan kemunculan bandar baru
F5     -  Bandar Taiping, Seremban dan Kuala Lumpur lahir kerana perlombongan
F6     -  Perlombongan petroleum telah menyebabkan perkembangan bandar Miri
F7     -  Terdapat kemudahan perbankan di bandar
F8     -  Peranan sebagai pusat pentadbiran telah mengubah pekan kecil kepada bandar baru
F9     -  Kawasan berhampiran lombong mengalami pertambahan penduduk
F10   -  Berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil lombong
F11   -  Bandar baru turut berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran
F12   -  Dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan serta institusi kewangan
F13   -  Perkembangan dalam sistem pengangkutan
F14   -  Gemas dan Kuala Lumpur terletak di persimpangan jalan raya dan jalan kereta api utama di tanah Melayu
F15   -  Kegiatan pertanian komersil seperti getah dan lada hitam
F16   -  Bandar Kuching di Sarawak berkembang pesat kerana aktiviti
F17   -  Pengumpulan dan pengeksportan lada hitam dan gambir sejak tahun 1840
F18   -  Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang berkembang sebagai bandar pelabuhan yang maju


(b)  Nyatakan ciri-ciri pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. [ 4 markah ]

F1     -  Terbentuk akibat kemasukan imigran dari China dan India
F2     -  Kemasukan mereka digalakkkan oleh pihak British
F3     -  Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan getah
F4     -  Wujud perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan mengikut kaum
F5     -  Kaum Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di luar bandar
F6     -  Kaum India berkhidmat sebagai  buruh ladang di estet-estet
F7     -  Kaum Cina bekerja sebagai pelombong dan berniaga di kawasan bandar
F8     -  Wujud perbezaan bahasa pertuturan di kalangan setiap tahun
F9     -  Perpaduan serta interaksi antara kaum sangat terbatas
F10   -  Perbezaan yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini menyukarkan usaha pembentukan perpaduan nasional

(c)  Terangkan perkembangan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [ 8 markah ]

F1     -  Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar
F2     -  British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat
F3     -  Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura merupakan sekolah Melayu pertama dibina oleh British pada tahun 1856
F4     -  Sekolah Melayu kemudiannya dibina di Seberang Perai, Kuala Kangsar dan Batu Gajah, Perak
F5     -  Sekolah Melayu khusus untuk murid perempuan telah dibina di negeri-negeri Selat pada tahun 1885
F6     -  Sekolah Melayu yang diwujudkan hanyalah terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja
F7     -  Kurikulum yang diperlajari bersesuaian dengan hasrat British untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani
F8     -  Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjung Malim, Perak ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
F9     -  Menyediakan peluang pendidikan lanjutan kepada anak-anak Melayu
F10   -  British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905
F11   -  Khusus untuk anak-anak golongan elit  Melayu
F12   -  Pihak pengurusan ladang bertanggungjawab menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang / estet getah
F13   -  British turut membangunkan sekolah Tamil di kawasan bandar
F14   -  Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
F15   -  Sistem pendidikan di sekolah Tamil berorientasikan negara India
F16   -  Sekolah Tamil turut menggunakan sukatan pelajaran, buku teks dan guru dari India
F17   -  Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah ini
F18   -  Sekolah Cina di Tanah Melayu dibangunkan oleh saudagar dari China
F19   -  Sekolah Chung Hwa dan sekolah Yuk Chai di Kuala Pilah
F20   -  Sekolah Cina menggunakan dialek daerah masing-masing sebagai bahasa pengantar
F21   -  Guru, buku teks dan sukatan pelajaran dibawa dari negara China
F22   -  Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920
F23   -  Bertujuan menyekat perkembangan pengaruh komunis di sekolah Cina