Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 3 September 2016

Latih Tubi Intensif 2/16

Muka surat  30-32

4  Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

(a)  Nyatakan maksud ”mandat daripada tuhan” yang menjadi kepercayaan masyarakat
tamadun Hwang Ho.

-  Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
-  Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
-  Pemerintah direstui tuhan
[ 1 markah ]

(b)  Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.

-  Berbentuk pemerintahan beraja
-  Pengganti raja ialah anak lelaki raja/saudara lelaki yang lebih muda
-  Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
-  Percaya kuasa raja adalah mandat daripada Tuhan
-  Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
-  Golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
-  Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
-  Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
-  Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambilalih pemerintahan Dinasti Shang
[ 2 markah ]

(c)  Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.

-  Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme
-  Menyembah roh nenek moyang
-  Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
-  Menyembah sungai, bukit dan gunung
-  Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban
-  Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh bomoh
-  Bomoh menggunakan tulang oracle iaitu tulang binatang dan kulit kura- kura untuk meramal sesuatu keadaan
-  Amalan menilik menggunakan tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
[ 2 markah ]

(d)  Senaraikan dua kesan kemahiran teknologi gangsa yang dikuasai oleh Dinasti Shang.

-  Menghasilkan senjata
-  Perisai
-  Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
-  Peralatan upacara keagamaan
-  Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba
[ 2 markah ]


(e)  Nyatakan tiga sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.

-  Sistem pemerintahan monarki
-  Gelaran raja ditukar kepada maharaja
-  Pembinaan sistem pengairan
-  Pembinaan terusan
-  Teknologi pembajakan
-  Penciptaan cangkul / sabit
-  Penggunaan batas tanaman
-  Peralatan pertanian daripada besi
-  Sistem tulisan
-  Sistem percetakan
-  Pemujaan roh nenek moyang
-  Konsep Yin dan Yang dan feng shui
-  Sistem kalendar
-  Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
[ 3 markah ]

No comments: