Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Tuesday, 17 February 2009

Bapa Kimia Moden

Jabir Ibn Hayyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi (أبو موسى جابر بن حيان الأزدي) atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia Moden. Beliau merupakan anak kepada penjual ubat.

Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayed iaitu Khalid Ibn Yazid.Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid.

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Lebih 80 buah karyanya telah diterjemahkan ke bahasa Latin.

Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya. Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisi dengan kajian secara moden menerusi eksperimen dan makmal.

Antara sumbangan beliau yang paling bermakna ialah kejayaannya mencipta teori peleburan logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Di samping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali (Arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk membuat baja, sabun dan bahan kimia, alembic (Arab: al-anbiq) iaitu bejana untuk penyulingan dan tutty (Arab: tutiya') iaitu zink oksida.

Jabir Ibn Hayyan telah meninggal dunia semasa dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 C.E.

Sila baca juga:
1) Muslim Scientists and Thinkers: Abu Musa Jabir bin Hayyan
2) Jabir bin Hayyan
3) Geber

2 comments:

mas syarep said...

ana cuba berjubah dan berserban time buat eksperimen..sbb org dulu buat..nape skrg xleh buat..tp hasilnyer..sgt berkesan..nyaris2 serban ana terbakar..hebat btul org2 dulu ni ek..

Mujahid Islah said...

Salam mas syarep. Indah dan comel betul panggilan enta ni. Terima kasih krn sudi berkunjung ke sejarah2u.

Orang dulu bukan shj hebat dari sudut gaya dan fesyen (yang menutup aurat), tetapi juga penguasaan thdp pelbagai bidang ilmu dlm masa yang sama. Contohnya spt Jabir al-Hayyan.

Jika dibandingkan mereka dengan kita pada hari ini, mereka adalah berpuluh-puluh kali ganda lebih maju drpd kita dlm usaha penguasaan ilmu dan segala khazanah berkaitan ilmu.