Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday 12 February 2009

Realpolitik: Niccolo Machiavelli

Realpolitik adalah amalan politik yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince.

Amalan ini menggunakan slogan "The End Justifies The Means" iaitu mewajarkan apa sahaja cara dan tindakan seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, pembunuhan politik, provokasi, ugutan ancaman, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Dalam konteks ini, dua tokoh yang agak menonjol diperkatakan pada peringkat awal idea ini dicetuskan ialah Count Camilio Benso di Cavour dan Otto Eduard von Bismarck.


Kedua-dua mereka telah menggunakan kaedah realpolitik dalam menyatukanpadukan dan membina sebuah negara bangsa Itali dan Jerman yang berteraskan persamaan bangsa sebagai teras.

Sebagai contoh, Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

Kesimpulannya, dalam mengekalkan singgahsana kuasa, tidak mustahil amalan ini digunakan dalam mengawal, melumpuh dan memusnahkan lawan politik mereka-mereka yang berkepentingan kerana matlamat akhir unggul yang ingin dicapai ialah kuasa dan segala yang berkaitan dengan kemasyhuran yang melingkunginya.

No comments: