Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday, 27 February 2009

Contohi kegemilangan Islam Andalusia

PEMBINAAN negara maju hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunah serta nilai-nilai asas universal yang baik yang tidak bertentang dengan kedua-duanya agar sesuai dengan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat berkah dari Allah).

Demikianlah salah satu daripada resolusi 'Seminar Baldatun Tayyibah: Model Andalusia' anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Selangor di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Negeri itu diisi dengan pembentangan lima kertas kerja ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.

Menurut Pengarah seminar, Rumaizi Ahmad, seminar tersebut cuba mengupas tentang tamadun Islam Andalusia dan kaitannya dengan pembinaan sebuah negara maju zaman moden berdasarkan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dalam Surah Saba' ayat 15.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Selangor berkata, banyak teladan yang boleh dipelajari daripada sejarah kegemilangan tamadun Islam di Andalusia yang kini merupakan negara Sepanyol dan Portugal.

Justeru adalah sangat tepat pada masanya bagi sebuah negeri seperti Selangor ini untuk mencontohi dan meneladani Andalusia.

Kata Rumaizi, walaupun zaman yang dirujuk telah berlalu berabad lamanya namun Andalusia tetap relevan.

Ini kerana sehingga kini tidak ada negara baik di Barat mahupun Timur, waima negara Islam sendiri yang mampu mencapai seperti apa yang dicapai oleh empayar Islam Andalusia itu.

"Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan berikutan kedudukan demografi politik dan pola penduduknya mempunyai persamaan dengan realiti Selangor dan negara kita amnya yang multi-etnik dengan pelbagai kepercayaan agama."

"Kita boleh mempelajari bagaimana masyarakat yang pluralistik (terutama antara Islam, Kristian dan Yahudi) di Andalusia boleh hidup secara harmoni dan saling bekerjasama membangunkan sebuah tamadun yang amat memberikan sumbangan besar kepada era renaissance di Eropah kemudian hari di bawah pemerintahan yang berteraskan Islam," katanya.

Pembentangan kertas kerja dimulakan dengan tajuk 'Selangor Maju: Mengapa Andalusia?' oleh Pengerusi PUM Cawangan Selangor, Zamri Shafik.
Ia diikuti kertas kerja oleh Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor, 'Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan', 'Faktor-faktor Kejayaan Andalusia' oleh Felo Penyelidik, di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Dr. Khalif Muaamar, 'Perkembangan Fiqh dan Usul di Andalusia' oleh Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM, Hasnan Kasan dan 'Peranan dan Kewarganegaraan Bukan Islam di Bawah Kerajaan Islam Andalusia' oleh pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim.

Sebanyak tujuh resolusi dihasilkan dalam seminar ini. Antaranya: "Dalam ruang lingkup keadilan dan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan; menyuburkan dan meluaskan dialog dan perbincangan antara kaum dan agama demi memupuk toleransi bermasyarakat atas asas kesefahaman, keharmonian dan saling hormat-menghormati.

"Di samping menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang; mengukuhkan institusi ilmu, menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan dakwah Islamiah serta mengangkat martabat ilmuwan khususnya ulama dan cendekiawan di semua peringkat; dan membentuk kebudayaan dan kesenian masyarakat yang menjurus kepada mendidik jiwa dan membentuk keperibadian".

Seminar tersebut menghimpunkan para ulama, cendekiawan Muslim, aktivis pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa pemimpin politik termasuk dari luar Selangor.

Resolusi seminar itu nanti bakal diserahkan kepada Menteri Besar Selangor untuk dijadikan panduan asas membangunkan negeri sesuai dengan status Selangor Negeri Maju.

Namun apa yang penting, pihak penganjur diharapkan dapat membuku kertas-kertas kerja yang dibentangkan sepanjang seminar ini.

Ini kerana pada faktanya Andalusia, sebuah empayar yang dirakam betul dan tepat apabila pemimpinnya yang bijaksana mampu menjadikan Kota Kordoba (Cordova) memiliki hampir 600 masjid, 900 tempat mandi umum, 50 hospital dan pelbagai lagi perkembangan tamadun yang berada di puncak gemilang.

Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin tersebut mesti dicontohi oleh para pemimpin yang ada hari ini agar kepimpinan mereka itu tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Andalusia, bukan menjanjikan fenomena untuk umat Islam berkhayal dan mimpi, pada mereka ada sejarah yang meminta umat sekarang mencontohi mereka. Begitu juga kegemilangan Madinah, Bani Umaiyah, Bani Abbasiah hatta kegemilangan Islam di Melaka dan di Aceh.

Jika semua sejarah ini diambil pengajaran, wajarkah umat Islam berwajah yang rata-ratanya memilukan? Ini jika kita menyebut mengenai pelarian Islam Rohingya sehinggalah yang paling lama menunggu kedamaian, Palestin!

Sumber: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor

2 comments:

brightlight said...

salam ziarah ustaz. meh la datang ke tempat ana ni. boleh ana bawak ustaz ke andalusia....
azim-cardiff

Sejarah2u said...

Salam ukhuwwah azim-cardiff.

Terima kasih di atas jemputan tersebut. Ust sangat menghargainya. Dah lama juga menyimpan hasrat nak ke sana. InsyaAllah akan sampai juga jika diizinkan Allah Swt.

Tahniah juga buat enta kerana selain studi, masih berkesempatan bisnes t-shirt yang islamik designnya.

Teruskan berjuang azim. Semoga Allah Swt memudahkan segala urusan enta sepanjang di cardiff.

Salam mahabbah dari Sejarah2u.