Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Tuesday, 10 February 2009

Tahukah Anda? - Tugu Negara Malaysia

Tugu Negara Malaysia terletak berhampiran jalan ke bangunan Parlimen. Ia merupakan simbol penghargaan demi mengenang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang gugur dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

Tahukah anda bahawa reka bentuk tugu negara hampir menyerupai atau lebih tepat adalah kembar kepada USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States? Tugu USMC War Memorial juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Iwo Jima.


USMC War Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siap dibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibina dahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang diberikan ilham untuk membuat tugu yang hampir serupa untuk negara kita?

Tidak lain tidak bukan, idea tersebut datang dari ilham Perdana Menteri pertama kita yang juga lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober 1960.

Setelah melihat tugu tersebut, Tunku telah bertemu secara peribadi dengan pengukir tugu USMC War Memorial, Felix de Weldon untuk menyatakan hasratnya untuk membuat tugu yang hampir serupa di negara kita. Di atas kerjasama Felix, beliau kemudiaannya telah dianugerahi dengan gelaran 'Tan Sri'. Justeru tidak hairanlah terdapat persamaan antara Tugu Negara kita dan Tugu Iwo Jima kerana sebenarnya adalah dari pengukir yang sama.

Jika Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima, maka dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham pembinaannya?

Tugu Peringatan Iwo Jima dibina berinspirasikan sebuah gambar foto askar-askar Amerika yang mendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi, Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising the Flag on Iwo Jima' yang memenangi Anugerah Pulitzer.

No comments: