Tuesday, 10 February 2009

Perang Tiga Segi

Perang Tiga Segi ialah peperangan yang berlaku antara Acheh, Johor dan Portugis di Melaka untuk menguasai Selat Melaka yang menjadi laluan utama perdagangan di Kepulauan Melayu.

Peperangan ini berlaku selama 100 tahun. Dalam Perang tiga Segi, Johor dan Acheh ingin mengusir Portugis dari Melaka. Johor menyerang Portugis di Melaka kerana hendak merampas semula daripada Portugis.

Sementara itu, Acheh pula menyerang Portugis di Melaka kerana Portugis mahu menghalang perdagangan Acheh. Namun, usaha menewaskan Porugis menemui jalan buntu kerana Portugis diperkuatkan dengan kompleks pertahanan melalui pembinaan kota A Famosa.

Semasa peperangan itu berlaku, Belanda juga berminat untuk campurtangan bagi menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu. Bagi mencapai cita-cita tersebut, Belanda telah bergabung dengan Johor, dan berjaya menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641.

No comments: