Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 22 February 2009

Bicara Hati Seorang 'Bapak'

" Pemimpin yang sudah beredar hati nurani bangsanya, saya namakan sebagai pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Tidak begitu mendengar dan tidak begitu jujur untuk menyatakan kebenaran. Banyak pemimpin jenis begini yang saya lihat sekarang".

"Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki. Apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan, bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang menguncupkan bahasa ini."

"Saya tak mahu sampai menggunakan perkataan 'pengkhianat' tetapi saya lebih suka gunakan perkataan 'penguncup bahasa'. Mereka yang menentang secara sedar atau tidak sedar akan keupayaan bahasa ibundanya sendiri. Bagi saya mereka adalah 'penguncup bahasa'. Bahaya mereka ini kerana selepas jadi penguncup ia akan jadi 'penazak' bahasa. Selepas penazak mereka akan jadi 'pengubur' bahasa. Itu lebih bahaya."

"Saya bukan orang politik, saya cuma berjuang demi melestarikan bahasa ibunda saya. Dalam usia sebegini, saya tidak mungkin diperalatkan. Tetapi demi bahasa Melayu, maka saya akan pergi ke pihak yang mahu berjuang melestarikan bahasa saya. Kalau ada pihak yang tidak senang saya di pentas oposisi, maka mereka jangan semudahnya menguncup, menazak dan kemudian menguburkan bahasa ibunda saya."

"Kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasa ibundanya sendiri. Kita ada undi. Ajar mereka dengan undi kita."

A. Samad Said
Sasterawan Negara

Sumber: Fikrah, Bil 1417

2 comments:

mas syarep said...

Bapak ker Bapa???

haa..nanti kite usulkan hal ini ke blog bahasa melayu pula..hehe

Sejarah2u said...

Salam mas syarep.

Jika menurut sumber yang dilampir..ia memangnya 'bapak', bukan bapa.

Itu tak susah difahami kerana kecenderungan 'bapak' A. Samad Said menggunakan banyak diksi 'Indon' dalam penghasilan karya ciptanya.

Contoh lain seperti 'mas' syarep, bukan 'abang' syarep. Berbeza diksi tapi masih pada maksud yang sama kan..:p

Salam permisi mas..