Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 16 February 2009

Perjanjian Tordesillas, 1494

Salam Sejarah buat semua pengunjung yang dihormati lagi dikasihi. Pernahkah anda mendengar nama satu perjanjian yang telah 'membelah' bahagian dunia kepada dua bahagian? Jika anda tidak tahu dan tidak pasti...jawapannya ialah Perjanjian Tordesillas.

Latarbelakang Perjanjian:

Selepas kejatuhan Constatinopel (Istanbul kini), iaitu pusat kerajaan empayar Rom Timur (Byzantine) ke tangan kuasa Islam Turki Uthmaniyyah, orang Eropah mula mencari laluan alternatif baru di laut. Ini kerana kebanyakan jalan darat ke Timur melalui Timur Tengah, Afrika Utara dan Jalan Sutera juga telah berada di bawah naungan empayar Islam.

Dalam tahun 1490-an, kegiatan penjelajahan orang Portugis mulai mendapat saingan daripada orang Sepanyol. Justeru, pada tahun 1493, Paus di Rom ketika itu, Pope Alexander VI terpaksa campurtangan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya peperangan antara dua negara penganut Gereja Katolik yang setia.


Beliau bertindak dengan membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh iaitu timur untuk Portugal dan bahagian barat untuk Sepanyol.

Perjanjian ini telah ditandatangani di Tordesillas, Sepanyol pada 7 Jun 1494 antara Paus yang mewakili Gereja Roman Katolik, Ferdinand II of Aragon yang mewakili Sepanyol dan John II of Portugal.

Garis pemisah kedua negara itu terletak menegak di antara kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik.


Melalui Perjanjian Tordesillas, kedua-dua negara ini bersetuju mematuhi keputusan Paus itu.

Dengan termeterainya perjanjian ini juga telah memberi 'lesen besar' untuk Portugis dan Sepanyol meneruskan usaha mereka mencari jalan lain ke Timur dan Barat, di samping lebih giat berdagang dan melakukan penjajahan ke atas wilayah-wilayah baru.

Berikutan dengan itu, Bartholomew Diaz tiba ke Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan pada tahun 1466. Sepuluh tahun kemudian, Vasco da Gama meraih kejayaan apabila beliau berjaya merentasi Lautan Hindi dan tiba ke pantai Malabar di India Barat, serta mendarat di Kalikat pada tahun 1498.

Dengan itu, bermulalah lembaran baru dalam pertembungan antara Barat dan Timur.

1 comment:

Unknown said...

Better buat dlm bentuk point....🤔