Sunday, 18 January 2009

Asal Usul Nama Negeri Sabah Di Bawah Bayu

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.

juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

10 comments:

Jstone Agang said...

boleh ka letakkan nama buku yang anda rujuk??spanjang 'research sy x ada menemui buku yang mgatakan Sabah dr nma pisang Saba. adapun dr web/ blog..mgkn tuan ada mnjumpainya.TQ.

azmi yusop said...

sabah dulu dikenali sebagai seludang/sulu-dang..

adik ella said...

boleh tak pamerkan sejarah sejarah tentang sabah lagi? kerana saya ingin tahu tentang sejarah asal saya

adik ella said...

boleh tak pamerkan sejarah sejarah tentang sabah lagi? kerana saya ingin tahu tentang sejarah asal saya

Dunia Alwani said...

TQVM 4 the information... blh sy tlng jwb 1 soalan di atas? nama sabah di ambil dari nama pisang saba ada di di dalam wiki n dlaam buku teks kT tahun 5 pun ada.... minta maaf kalau x membantu sgt utk rujukan anda ..^^

azimanrie said...

Adakah benar bahawa sabah adalah milik Philippines pada asalnya adakah itu benar ada sesiapa yg tau sila jelaskn ty,,,,,

azimanrie said...

Adakah benar bahawa sabah adalah milik Philippines pada asalnya adakah itu benar ada sesiapa yg tau sila jelaskn ty,,,,,

missdee deemiss said...

Sabah dikatakan dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu kerana berjaya mengekang perang
saudara. Sultan Sulu kemudian memajak Sabah kepada Syarikat Inggeris. Walau bagaimanapun, apabila
Sabah mendapat kemerdekaan daripada Inggeris dan menyertai Malaysia, tindakan ini dianggap tidak
mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

Abu Ziyad said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah

Abu Ziyad said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah