Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Wednesday, 21 January 2009

Melayu Dari Titisan Iskandar Zulkarnain?

Pada 16 Januari lalu, TV2 telah menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.

Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.

Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.

Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.

Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam..

Kisah-kisah lain

Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.

Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.

Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.

Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam..

Raja Iskandar berasal dari Parsi?

Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.

Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.

Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.

Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.

Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda menetap seketika di sana.

Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.

Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.

Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.

Baginda bukan milik Timur dan Barat

Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.

Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.

Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.

Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam..

Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.

Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.

Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.
Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam..

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.

Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.

Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam..

Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Makjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujungnya. Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya. Siapapun beliau, yang pasti Allah swt telah memberinya kuasa dan empayar pemerintahan yang luas. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Allahu 'alam

Rujukan tambahan:
1) Iskandar Zulkarnain: Fahri Abdullah al-Masri
2) Alexander vs Iskandar Zulkarnain: Kamarul PLF

4 comments:

Ilham Rasa said...

ini satu ulasan yang menarik. tetapi perlu diilmiahkan lagi. sebelum membaca artikel @ tulisan ini pembaca sepatutnya telah mengetahui terlebih dahulu hal ehwal iskandar zulkarnain ini

ct qaula said...

gkin tlmbt bg awak utk sy pos comment ini, tp klu utk ilmu, tiada istilah tlewat...apa yg sy faham...iskandar zulkarnain bukanlah alexender the great..mmg x dinafikan mereka lahir di parsi, ttp x dnyatakan dlm sej yg philips itu adalah bapa iskandar zulkarnain. Iskandar Zulkarnain memang rj berketurunan paris, tp x djelaskan ttg salah silah keturunannya. Apa yg sy tahu, prwatakn iskandar zulkarnain sama sekali bertentangan dgn prwatakan negatif alexender the great sedangkan iskandar zulkarnain tlh mengislamkan ramai org tmasuklah rj hindi

Iqkhwam Putra Mohd Imran said...

salam..

ada satu buku yg menarik yg pada saya boleh kita baca... Alexander ialah Iskandar, tulisan Muhammad Alexander..

SIFU said...

Zulkarnain tetap Zulkarnain...

Bukan Alexender...

W'allahu'Alam