Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (MARC) USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai 'congenital deformity' *yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangan kanannya memegang daging yang telah tinggal tulang. Ia dikebumikan dengan siput sedut, daging khinzir, rusa, biawak, monyet, kura-kura dan beribu-ribu kulit kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Lihat juga:
3) Perak Man
5) congenital deformity *
1 comment:
Orang ipoh memang teruk. Sepanjang 6 tahun aku duduk sana memang dapat banyak sakit hati. Salah satunya diorang tak suka kita lebih daripada diorang sebab kalau lebih memang diorang akan kondem habis-habisan tak pun sanggup santau kita. Adik aku jenis pandai kat sekolah tapi dipulaukan budak sekelas sebab lebih pandai daripada diorang. Jadi pelajaran adik aku merosot sebab nak berkawan dengan diorang terpaksa abaikan pelajaran. Aku pulak pernah cakap aku nak sambung belajar. Nak tau apa diorang cakap? "aku yakin kau tak boleh sebab aku nampak kau macam tak pandai" ada ke dia cakap macam tu. Bersungguh-sungguh dia kata kat aku kalau aku cakap benda yang sama. Tapi sekarang alhamdulillah aku sekarang sambung belajar ijazah kat kl dan tak lama lagi nak graduate. Itu belum lagi bab bukak kedai makan. Kalau korang perasan kat sana kedai makan ada satu jer kat satu2 tempat sebab diorang tak suka bersaing. Kalau bukak sebelah-menyebelah jugak memang diorang akan santau-menyantau. Santau-menyantau ni makanan wajib diorang kalau tak puas hati. Lepas tu kalau diorang lepak tak kira laki atau perempuan memang akan sembang teruk2. Yang perempuan sembang mesti nak mengumpat memanjang, kalau laki diorang jumpa mesti akan cakap "aku tak puas hati kat dia ni". Itu belum lagi kalau bawak kenderaan kat ipoh, memang diorang ni pentingkan diri sendiri. Kalau kita nak bagi signal sebab nak masuk line diorang mesti nak hon memanjang macam tak bagi masuk. Dah la suka cucuk belakang padahal kat jalan perumahan jer itu pun diorang buat. Jadi sapa yang nak duduk kat ipoh nasihat aku jaga2 dengan diorang sebab takut dia jatuhkan kau
Post a Comment