Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 31 January 2009

Hari Wilayah Persekutuan 2009

Salam Sejarah2u buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah 2009 pada hari ini. Untuk catatan, Hari Wilayah tidak hanya disambut oleh warga Kuala Lumpur sahaja, tetapi turut juga melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan yang terbaru Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, malam tadi boleh diibaratkan malam bercahaya kerana langit bandaraya dilimpahi sinaran bunga api yang pelbagai warna dan memukau sesiapa jua yang berkesempatan menikmatinya. Hari Wilayah disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, di mana warga Wilayah Persekutuan dan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur menikmati satu hari cuti untuk sama-sama meraikannya.

Tahukah anda bilakah bermulanya sambutan Hari Wilayah dan sejarah kewujudan Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan tiga bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada perkampungan tradisional dengan rumah beratap rumbia kepada bangunan moden dan pencakar langit seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Pautan lain yang bermanfaat:

1 comment:

Alfie Stole Niena said...

hmmm i tgh cari2 maklumat sal hari wilayah..coz tuk asgmt i.. hehe but i cari bout labuan.. just to say HI.