Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 31 January 2009

Tahukah Anda? - Teluk Guantanamo

Pada tahun 1903, Cuba telah meminjamkan Guantanamo kepada Amerika Syarikat selepas pendudukan Amerika ke atas negara itu pada 1898 ketika berlakunya perang Sepanyol -Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, pemimpin Cuba yang sedang sakit, Fidel Castro menuntut supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengembalikan pangkalan tentera udara Amerika Syarikat di Guantanamo itu kepada Cuba tanpa sebarang syarat dan mendakwa pemimpin baru itu menyokong penghapusan kaum Palestin oleh Israel. (Nota: Obama berikrar untuk menutup Kem Guantanamo menjelang penghujung tahun 2009 ini)

Beliau yang sebelum ini memuji Obama sebagai jujur dan mulia menyerang pentadbiran presiden itu kerana Washington tidak akan menyerahkan Guantanamo jika ia mempunyai kegunaan tentera bagi Amerika Syarikat dan tanpa konsesi.

"Mempertahankan sebuah kem tentera di Cuba bertentangan dengan kehendak pelanggaran prinsip kemanusiaan undang-undang antarabangsa," tulis Castro dalam satu kolum yang dihantar ke halaman web kerajaan.

"Tidak menghormati kehendak Cuba adalah perbuatan angkuh dan melanggar kuasa terhadap sebuah negara kecil," kata Castro.

Castro mendakwa pangkalan berkenaan diambil secara haram.

Selain Castro, Presiden Venezuela, Hugo Chaves turut meminta Obama menyerahkan wilayah Guantanamo kepada Cuba demi menghormati hak kedaulatan dan hak rakyat Cuba.

Pada hari ini, ia adalah sebuah kawasan pengkalan tentera Amerika di mana tawanan-tawanan perang dipenjara dan diseksa oleh pihak berkuasa Amerika. kawasan ini terkenal kerana Amerika menempatkan tawanan perang Afghanistan yang dikatakan pejuang-pejuang Taliban dan Al-Qaeda di sana. Lebih ironinya ialah hampir semua tahanan terdiri dari orang-orang Islam yang kononnya dituduh melakukan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001. Tuduhan yang tidak disertakan bukti yang jelas hingga sekarang.

Di sana, tawanan diseksa dan diberi layanan seperti haiwan. Antaranya dibogel, dirantai tangan dan kaki dan dibiarkan berjemur di bawah panas matahari ataupun cuaca musim sejuk di dalam kandang besi yang tidak berbumbung selama berhari-hari. Misai dan janggut dicukur dan mereka disuntik dengan ubat pelali serta mata ditutup seolah-olah mereka bukan lagi manusia tetapi binatang liar yang ditangkap di hutan dan dibawa keluar untuk diseksa dan dihapuskan.

Tawanan-tawanan ini kemungkinan dijatuhkan hukuman mati tanpa suatu perbicaraan pun. Ia tidak ubah seperti apa yang kita biasa lihat dalam filem-filem ganas ciptaan mereka sendiri kerana apa yang mereka paparkan adalah realiti yang wujud tetapi kita masih menganggap ia hanya semata-mata lakonan di dalam filem.

Negara Amerika Syarikat ini juga dengan jelas telah melanggar Konvensyen Geneva di mana 'tawanan perang' berhak dan wajar diberi layanan penuh perikemanusiaan serta hak perbicaraan yang adil dan saksama.

No comments: